Monday, 26 November 2012

KENAPA MENEMPAH MUSIBAH SEBELUM NIKAH?


Salah Suami atau Salah Ilahi?
Sms seorang ibu muda mencuit rasa hati saya untuk berkongsi.
“Ustazah, suami saya bercinta balik dengan bekas kekasih lama dia. Saya terkontang-kanting jaga anak dua orang. Badan masih lemah sebab baru lepas keguguran. Suami saya pula berseronok asyik keluar ‘dating’ dengan perempuan tu. Ustazah, kenapa Allah buat begini kepada saya? Kenapa Allah kejam? Kenapa Islam benarkan suami berseronok-seronok tapi membiarkan isteri dalam derita?”
Astargfirullah! Suaminya curang tapi kepada Allah dan Islam pula dilontarkan kesalahan. Saya mesti membela Allah dan Islam di hatinya. Hanya Allah yang memiliki ubat terhadap segala kesedihan. Jika kita rasa Allah kejam, bukan Allah yang kejam tetapi kita yang belum kenal baiknya Allah SWT. Jika kita rasa Islam tidak adil, bukan Islam yang tidak adil tapi kita yang belum menambah ilmu terhadap keadilan Islam dan kesyumulan undang-undangnya.
Saya cuba masuk ke dalam ‘kasut’ ibu muda ini. Kondisinya yang baru lepas keguguran menyebabkan jiwanya terganggu dan perasaannya kecamuk. Kasihan dia. Saya tunjukkan empati sebelum memberi solusi. Saya tadahkan telinga mendengar jeritan batinnya. Dia berulang-ulang mempersoalkan keadilan Allah dan menyalahkan takdir. Saya bertanya,
“Dulu sebelum nikah, saudari selalu keluar ‘dating’ dengannya?”
“Err, ya. Ber’couple’ sakan,” jawabnya lambat-lambat.
Allah Mahu Kita Bahagia
Saya nampak puncanya. Tak mengapa. Hal yang silam itu untuk dimuhasabah bagi mengcungkil ibrah (pengajaran). Ia bukan untuk dirintih-rintihkan. Saya mesti membantunya memanfaatkan potensi hari ini untuk ‘mengubat’.
Allah sudah memberitahu kita awal-awal di dalam al-Quran,
Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu). (Surah al-Syura: 30).
 Betul! Kebanyakan musibah yang menimpa diri kita adalah kerana diri kita sendiri yang menempahnya. Allah tidak membenarkan kita ‘menghampiri zina’ sebelum bernikah termasuklah ber’couple’ tapi ramai orang yang melanggarnya.  Islam memperkenalkan cara yang jauh lebih bermaruah dan layak dihormati tapi kita tidak mahu memilihnya. (Insya-Allah kita bincangkan dalam artikel seterusnya).
Apabila sudah bernikah, mereka mendapat pasangan yang suka ber’couple’ dengan orang lain pula. Oleh sebab itulah, jika kita mengikut petunjuk  Allah sejak awal, potensi untuk bahagia lebih besar. Allah bukan sengaja hendak susah-susahkan kita apabila Dia bagi peraturan. Bahkan, Dia mahukan yang terbaik untuk kita.  Firman Allah SWT,
“Allah mahukan kesenangan bagimu. Allah tidak mahukan kesusahan bagimu.~Dipetik dari blog Fatimah Syarha~ Betul jugak apa yang dikatakannya.. Baik sendirian sementara, belajar didik diri dulu,dugaan selalu datang..adushhhhh....

Saturday, 24 November 2012

^Perkahwinan Is NOT about TRY and Error ^



~Perkahwinan itu amanah dan tanggungjawab~

Bilakah masa yang sesuai untuk kita fikir tentang perkahwinan??

Bila kita mula rasa bertanggungjawab untuk mengurus kehidupan kita, maka kita sebenarnya sudah bersedia untuk itu. Itulah kunci bagi Gerbang PERKAHWINAN iaitu RASA TANGGUNGJAWAB yg besar dalam diri dan KEMATANGAN.

 Rumahtangga bukan senda gurau; tanggungjawab kita bertambah, amanah kita semakin berat bahkan bermacam-macam ujian yang sedang menunggu di perjalanan. Tetapi, jika kita mula serius memikirkan tanggungjawab kita sebagai anak, anggota masyarakat, hamba Allah dan pemimpin umat maka anda sebenarnya sudah bersedia untuk memikirkannya walaupun umur anda masih terlalu muda.


Statistik tahun 2007 menunjukkan setiap HARI, 56 pasangan yang bercerai dan kadar ini meningkat setiap tahun, bahkan kebanyakan kes perceraian ini melibatkan pasangan muda.

Saya bukan ingin menakut-nakutkan, sekadar memberi peringatan supaya kita melihat PERKAHWINAN ini dengan pengertian yang lebih lengkap dan matang.

Wednesday, 31 October 2012

Cinta Tak Bersyarat 6_^



Tak ada sedikitpun sesalku
Tuk bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu, ooo..

Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu, ooo..

Reff: demi nama cinta
telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku..

karna demi cinta
telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki..

Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat, oooo..

Repeat reff
   ternyata tak mampu kau melupa
   dalamnya cintaku yg hebat

Saturday, 13 October 2012

Jalan3 Rantau PanJanG!!


Hahaha..Inilah hasilnya aku jalan3 pergi rantau panjang..Memang ini tujuan utama, Untuk Mencari kasut untuk berjoging..Kasut yang ada sebelum ini sangat tidak sesuai utk digunakan bagi berjoging.. Hari tue pergi joging with my lovely frends "nisa".. kakiku telah melecet disbbkan memakai kasut yg tidak sesuai..hoho Jadi aku membuat keputusan untuk membeli kasut baru!! Jeng3 Inilah hasilnya... Cantikkan kasut nike warna Yellow, dipadankan pulak dengan seluar Adidas.. Dah la comel,cute, harganya pom berpatutan...Dua3 items aku bleh  beli tak sampai rm100 pom..Berbaloi3 laaaa takat nk joging..kalu beli dekat butik ini mahunya cecah rm2++ ...heee..Disebabkan kita perlu berjimat cermat jadi kita belilah secara berpatutan...Uhui.. Seluar Adidas tue agak comel,lagipom made in Singapore..harga pom okey,jadi setelah aku pikir 4 kali, aku pom belilah...hahaha..

Wednesday, 10 October 2012

Coach Beg KegiLaAn Ramai


Persoalan ini terjawab apabila aku mula mengkaji sebab-sebab yang membolehkan para resseller (sama ada secara blogshop atau facebook) menjual beg-beg coach dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga di butik Coach yang sebenar. Korang pun mesti naik hairan gak kan? Pada mulanya aku ingatkan beg yang mereka jual merupakan replika terbaik. Rasa macam... too good to be true... pun ade.

Contohnya.. kat butik Coach @ The Gardens, harga beg 18634 di bawah berharga..

RM2,050
...tapi ade reseller online yang boleh jual dengan harga daripada RM990 sehingga RM1200 sahaja. Agak musykil kat situ bukan? Lagi seronok... mereka tawarkan bayaran secara BERANSUR_ANSUR!

So inilah hasil kajian aku untuk menjawab kemusykilan tadi. 

1. Coach Factory Sales secara online atau kat Factory Outlets yang berlambak di US.
  • Sekiranya ada beg yang "out of season" atau dah tamat musim... beg-beg ini akan dihantar ke factory outlet untuk dijual dengan harga diskaun. Masalahnya kat Malaysia neh... beg-beg yang "out of season" kat US masih lagi dikira "in season" kat Malaysia. LOL. Perkembangan fesyen lambat sampai sini kot.
  • Dan aku yakin ramai tak tahu... kebanyakan beg yang dijual oleh para reseller adalah beg yang hanya dijual di outlet je dan tak pernah dijual kat butik. Kebanyakannya... bukan semua ye. Maksudnya... memang dijual untuk orang yang bajet rendah macam aku ler. Kalau nak tahu beg korang ini beg kilang... boleh periksa nombor siri kat creed belah dalam beg korang.
Beg khas untuk Factory Outlets ada huruf F pada kumpulan nombor kedua.
...dan satu lagi contoh... ada COP macam "bulatan berpusat" yang jugak dikenali sebagai "Bullseye" pada creed itu. Ini satu petanda beg itu dari butik dan apabila dah kurang laku/habis musim, ia akan dijual kat Factory Outlet pula dengan harga murah.

Nampak bullseye sebelah kanan belah atas?
Dikeluarkan dari butik sebab dah habis musim atau kurang laku.
Oh ya... lagi satu petanda... boleh lihat pada simbol besi coach kat beg itu... tengok kalau ada kereta kuda atau tak. Contohnya kat bawah... 

Belah kiri direka khas untuk jualan butik dan belah kanan adalah untuk Factory Outlet.

2. Adanya Jualan Murah yang dipanggil Black Friday Sales... yang berlaku setiap kali musim Christmas atau Thanksgiving Day. 
  • Mase neh... harga barangan memang jatuh menjunam lah tapi untuk sehari dua je dan dikatakan waktu paling sibuk bershopping pada tahun itu,. (info dari sini) Aku syak para reseller memang target buat shopping spree pada masa ini. Ha ha ha ha.
Boleh dikatakan reseller Coach ini peroleh keuntungan yang agak LUMAYAN....... Beli beg Coach murah-murah kat US... pastuh jual kat Malaysia dengan harga yang dinyatakan dalam laman web rasmi Coach.com. Untung badan ye. =)

Oh well... inilah nasib badan gue... yang dah mula tekun membeli beg berjenama neh. Hihihihi... can't simply avoid the factory outlet bags tho.. kekadang lawa gak mata memandang. =p

OK.. sekian itu sahaja perkongsian aku pada hari ini. Makaseh! (Copy From Other Blog =) Peace)

Tuesday, 18 September 2012

What You DO??

What you do If You are really3 disappointed and Give up??

First:Think +VE way...
Kedua:Bahagiakan diri sendiri....time ni la blh manjakan diri..heeeee
Third: Eat coklat,aiskream,apa3 ajer ko suke...
Empat: Buat atau lakukan sesuatu yg mmg ko nak buat sblm3 nie..panjat bukit,menyelam,melancong..suke hati korang ler...

Yg paling3 penting poinnye adalah jgn lupe "DOA" ^____^ Peace will come...

Sunday, 26 August 2012

SurFace Tablet ^____^



Cantikkan Tablet kat atas..Tak sabar ingin memilikimu...huhuhu..Setelah sekian lamanya akhirnya ada tablet sendiri,hehehe..macam tak cayer jer... Lepas ni nk miliki gadget aper plak yer..ingatkan nk beli kamera DSLR...Penting ker kamera tue?? Tak de la penting sangat,cume besh kalu ada kamera sendiri..bulih petik jer brape juta gambar pom...Kamera tue lambat lagi la kot nk beli..Yg plg penting Tablet ni jer dulu..Dah bertahun-tahun ku tunggu3 ingin mendapatkanmu...Bila nk beli sesuatu kene pikir betul3..penting tak untuk diri sendiri..n then kene kumpul byk3 duit..senang bila ada bajet lebih..Bila ada bajet lebih,byk pilihan bulih buat...Sebab tue kene rajin keje..sukanya hati...

Wednesday, 1 August 2012

TeMan SeJati =)





Tidak aku sangka dapat mengenalinya,memang seorang sahabat yang baik, selalu tolong orang, selalu temankan aku kemana3 aja aku pergi bila dia punya waktu...Dia tak pernah berkira dengan sesiapapum... Bila dapat tahu dia nak pergi jauh,sedih pulak diri ini tetapi diri ini merelakan demi kebaikan dia...Bersahabatlah kamu kerana Allah. Gembira, Sedih, Ketawa kongsilah bersama... I'm maybe Lonely without You..Perhhhhh..ayat sweet la sesangat...Susah untuk mencari sahabat sepertimu...Baik sangat,sangat, sangatttttt.....






Thursday, 28 June 2012

CINTA HIGH CLASS BELI ONLINE!



Fatimah Syarha memang seorang wanita yg hebat, Saya pengikut setia blog beliau..

Http://sebarkanbahagia.blogspot.com



Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,
Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  
Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. 
Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.
Itu tanda jauhi fitnah.
Itu tanda sebuah mujahadah. 

‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

Tuesday, 19 June 2012

Dana KecemasaN


Apakah yang dimaksudkan “Dana Kecemasan”?
.
“Dana kecemasan” biasanya adalah satu dana yang anda cipta untuk membayar perbelanjaan diluar jangkaan. Sebagai contoh:
  1. Tayar-tayar kereta anda perlu ditukar dengan yang baru.
  2. Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan.
  3. Anak anda mempunyai masalah apendiks dan memerlukan pembedahan.
  4. Gigi geraham anda perlu dicabut.
  5. Tiba-tiba syarikat anda bankrap.
.
Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak! Itulah masanya “hujan lebat”!
.
.
Mengapa Saya Perlu Ada “Dana Kecemasan”?
.
Sepertimana yang dikatakan oleh Forrest Gump dalam filemnya “Life is like a box of chocolates… you’ll never know what you’ll get!” (“Hidup ini seperti sekotak coklat... anda tidak akan tahu apa yang anda akan dapat!”) Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari cerah dan hari hujan. Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungi diri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untuk situasi-situasi yang tidak diduga, pasa waktu itulah anda memerlukan lonjakan tambahan “Vitamin M” (duit kecemasan).
.
Amat mudah untuk terperangkap dalam hutang (lebih-lebih lagi hutang kad kredit dan “Ah Long”), jika anda tidak mempunyai duit simpanan. Anda tetap mahu membayar bil dan memastikan hutang kad kredit sentiasa rendah walaupun ketika sesuatu yang tidak diduga berlaku ke atas anda.
.
Oleh kerana tiada siapa yang tahu masa hadapan, semua orang memerlukan dana kecemasan.
.
Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?
.
Anda mungkin berfikir yang tiada baki duit yang dapat disimpan selepas membayar semua bil. Ramai orang, tidak kira berapa banyak duit yang mereka ada, mengatakan mereka tidak dapat menyimpan. Itu adalah kerana perbelanjaan biasanya meningkat sehingga ia menggunakan semua duit lebihan anda.
.
Namun, hanya anda sahaja yang boleh mengubah keadaan ini. Begini caranya:
.
  1. Cipta satu “akaun simpanan automatik” yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan
  2. Turunkan perbelanjaan anda dengan hidup secara bijak
  3. Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang BENAR-BENAR ketat!
  4. Cuba sehingga anda berjaya tetapi jangan putusa asa!!
.
Apakah yang dimaksudkan “Bayar Diri Anda Sendiri Terlebih Dahulu”?
.
Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dahulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duit anda dan anda berhak menyimpan sebahagiannya untuk diri dan keluarga anda.
.
Jangan berputusa asa jika anda hanya dapat menyimpan sedikit. Menyimpan satu Ringgit sehari atau RM10 seminggu, mungkin tidak banyak tetapi dihujung tahun, anda akan mempunyai RM365 atau RM520. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan,“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!” Adalah lebih baik untuk menyimpan sedikit setiap minggu daripadacuba menyimpan dengan banyak dan gagal.
.Jadi, kuncinya ialah menjadikan tabiat menyimpan duit setiap kali mendapat gaji. Apabila anda menyimpan terlebih dahulu, anda akan dapat memastikan perbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika anda tidak nampak duit, anda tidak berpeluang untuk membelanjakannya. Seperti yang dikatakan, “Out of sight, out of mind!” (“Apa yang tidak dapat dilihat, tiada dalam minda!”).
.
.
Berapa banyak yang patut saya simpan?
.
Sebagai garis panduan, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda. Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan selalu. Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang anda selesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arah matlamat itu. Sudah tentu jika anda boleh simpan lebih, itu adalah lebih baik.
.
Matlamat anda adalah untuk mencipta dana kecemasan yang cukup untuk tiga ke enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dengan cuba menyimpan perbelanjaan seminggu, kemudian dua minggu dan secara perlahan bertambah kepada sebulan dan seterusnya.
.
Ingat: Mendapat tabiat meyimpan adalah lebih penting daripada berapa banyak yang anda simpan!
.
.

Di manakah saya patut menyimpan “Dana Kecemasan” saya?
.
Dana kecemasan anda patut disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan dalam waktu-waktu kecemasan. Namun ia tidak patut menjadi terlalu senang untuk anda menggunakannya dengan sesuka hati anda. Anda mungkin memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan bank tetapi memilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya, anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan. Pilih dana yang memastikan keselamatan kepada kapital anda sementara memberikan pulangan yang berpatutan.
.
Apabila anda mendapat pendapatan, ingat untuk membayar diri anda sendiri terlebih dahulu. Cara yang mudah untuk melakukan ini ialah dengan berdaftar dengan skim potongan gaji. Anda boleh mengarahkan majikan anda atau bank anda untuk menyimpan sebahagian daripada gaji anda ke dalam akaun simpanan/amanah saham anda setiap bulan. Ingat bahawa akaun ini adalah untuk kecemasan sahaja dan seboleh yang mungkin, anda tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain!
.
.
Bagaimana saya boleh tahu bila “Dana Kecemasan” dapat digunakan?
.
Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlu memikirkan hal ini dengan lebih awal. Masih ingatkah perbincangan kita tentang menetapkan syarat? Buat beberapa syarat untuk situasi yang anda boleh gunakan duit ini, supaya anda tidak membazirkannya. Kemudian patuhi syarat-syarat anda sendiri!
.
Soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat:
.
  1. Adakah perbelanjaan ini satu Keperluan atau Kehendak?
  2. Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
  3. Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
  4. Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
  5. Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
  6. Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan
    saya ini pada bulan depan?
.
Sentiasa ingat bahawa ini adalah “Dana Kecemasan” anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akan menyentuhnya! Tiada alasan!
.
Kesimpulan
.
Terdapat satu lagi pepatah Melayu yang mengatakan bahawa kita patut sediakan payung sebelum hujan. “Dana Kecemasan” ini adalah payung kita dan pastikan ia cukup besar untuk melindungi anda apabila hujan (tetapi pastikan tidak ada kebocoran!)
.
Jadi, mula bina dana ini sekarang dan ia mungkin penyelamat anda suatu hari nanti.
.
.

AmalkaN ForMuLa S.E.B.E.L.A.S


S– Simpan untuk diri (dan keluarga) anda dahulu!

Jika dahulu, anda kerap memperuntukkan gaji bulanan untuk membayar bil, hutang, membeli barang dan sebagainya terlebih dahulu, pada tahun 2011, berikan keutamaan kepada menyimpan wang untuk diri sendiri dahulu (Pay Youself First). Tidak kira dalam jumlah yang kecil atau besar, pastikan anda menyimpan dan melaburkan duit untuk diri (dan keluarga) secara konsisten. Anda boleh bermula dengan RM50 sebulan (lebih banyak lebih bagus), kemudian tambahkan jumlah simpanan anda pada tahun-tahun berikutnya.

E – Elak pembaziran (Economise)

Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Sebagai contoh, anda tidak perlu membeli barangan bayi yang berjenama mahal jika jenama yang sederhana atau murah mampu memenuhi keperluan si comel. Tambahan pula, kebanyakan pasar raya besar sekarang menyediakan “house brand” yang berkualiti tinggi pada harga yang amat berpatutan.

B – Bajet

Buat bajet, tulis dan patuhinya! Sesetengah ibu bapa gemar membuat bajet secara kasar atau “dalam kepala” sahaja, terutamanya semasa hendak membeli barang. Ini cara yang tidak berapa tepat. Sebaik-baiknya, tulis apa yang ingin dibelanjakan dan lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Anda perlu berdisiplin dalam berbelanja dan membuat bajet adalah langkah yang sangat penting. Jika tidak membuat bajet, besar kemungkinan anda akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.

E – Elak emosi semasa membuat keputusan berkaitan kewangan.

Perkara ini tidak dapat dinafikan terutamanya apabila anda mempunyai wang lebihan (contohnya mendapat bonus). Macam-macam perkara yang akan terlintas difikiran anda- kereta baru, perabot baru, bercuti dan sebagainya. Sekiranya anda mendapat wang lebih, pastikan anda menyimpan sebahagian daripadanya dan selebihnya digunakan untuk melangsaikan hutang sedia ada. Inilah masa terbaik untuk anda melangsaikan segala hutang kad kredit anda sekaligus. Jangan berlengah lagi dan bayar segala hutang-piutang yang ada. Percaya atau tidak, hidup anda akan menjadi tenang jika anda sudah melangsaikan hutang.

L – Libatkan si kecil

Sering kali, ibu bapa tersalah anggap bahawa anak kecil tidak mampu memahami konsep kewangan. Tanggapan ini tidak tepat kerana sedar atau tidak, biasanya si kecil memang tahu meniru cara dan kelakuan ibu bapa mereka. Oleh itu, libatkanlah anak-anak dalam hal-hal kewangan anda. Salah satu cara mudah yang boleh dilakukan ialah dengan membawa anak-anak ketika menjalankan transaksi kewangan. Contohnya, bawa anak-anak bersama apabila anda pergi ke bank. Dengan cara ini, anda dapat membentuk tabiat menabung dan menyimpan daripada usia muda lagi.

A – Awasi skim pelaburan tidak sah.

Mungkin anda sudah tahu yang melabur adalah cara terbaik untuk mengembangkan wang sedia ada. Melaburlah dengan pihak-pihak yang berlesen dan berwaspada dengan pelbagai skim cepat kaya atau skim pelaburan tidak sah yang terdapat di pasaran. Sekiranya sesuatu syarikat menawarkan untung berlipat kali ganda dan mendakwa tiada risiko yang terlibat jika anda melabur dengan mereka, mungkin itu adalah syarikat yang tidak sah. Pastikan anda memeriksa sama ada sesuatu syarikat itu berlesen ataupun tidak dengan menghubungi pihak berkuasa yang berkenaan. Ingat, dapatkan sebanyak mungkin maklumat sebelum menyerahkan wang titik peluh anda kepada mana-mana pihak.

S - Sediakan dana kecemasan

Dana kecemasan merujuk kepada sejumlah wang yang anda peruntukkan untuk digunakan sekiranya berlaku apa-apa musibah/kemalangan yang tidak diingini. Biasanya, anda dinasihatkan untuk mempunyai dana kecemasan sebanyak tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Dengan wujudnya dana kecemasan, anda akan berupaya mengharungi segala masalah berkaitan kewangan dengan tenang dan terkawal. Dana kecemasan yang mencukupi juga akan memastikan cara hidup kita tidak terganggu sewaktu menghadapi masalah kewangan.

Wednesday, 13 June 2012

Kayak

canoe polo canoe



Bila sebut sahaja pasal kayak,of course mengingatkan daku pada Perlis...Sukan Kayak merupakan salah satu sukan adventure yg plg aku minat zaman2 belajar dulu..Aku minat habis dengan sukan ni sebab boleh bersiar2 kemana sahaja aku suke.. Aku bukannya suka sukan setempat yang tak bergerak.. Dah banyak tempat aku main kayak.. Aku pergi main kayak dekat tasik putrajaya, sungai Perlis, Pulau Melaka, Pantai Dan Yang Paling2 best berkayak dekat Pulau Perhentian...Cantik giler..Macam dekat gambar atas tue la lebih kurang...Sukan kayak ni kalau dah belajar sampai pandai korang takkan rasa takut lagi bila main..Kalu jatuh tengah2 laut pom ada teknik untuk korang naik semula atas kayak tue..Kalau main ramai2 lagi seronok...Sesaper yg takut cahaya matahari tak leh laaa main sukan ni,sebab mmg confirm korang burn punye!! hahaha..Time dekat Unimap dulu aku antara orang yg pandai handle sukan nie..Ada la pengalaman sikit3 time camping zaman sekolah dulu...Siap kene jadi wakit unimap turun bertanding dekat Tasik Putrajaya lagi..Time g bertanding dekat sana la paling best dan memori yg tak bulih aku padam dari kepala otak aku nie...

Monday, 11 June 2012

Hamboi3hh Khusyuk + Manja Yg Melampau nih!!


Surah Al-Kahfi Di Malam JumaaT




Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAHterangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 
(HR Muslim 809)


Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Monday, 4 June 2012

KisaH PerCinTaaN Ini~~

Dalam satu kisah percintaan yang menarik, sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Si isteri lalu bertanya kepada suaminya.Ini dialog mereka:
Isteri : " Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?"
Suami :" Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!"
Isteri : " Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya tetapi abang tidak boleh menerangkannya?".
Suami : " Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!".
Isteri : "Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya".
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata : "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yangdisayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika cinta memerlukan sebab, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi."
"Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
-----------------------------------------------------------